Posts

Showing posts from November, 2009

MASJID AL-AQSA

Image
Masjid kedua tertua dan ketiga tersuci di dunia adalah Masjidil Aqsa (Masjid Al-Aqsa). Masjid itu dibangunkan di atas lokasi Kenisah Sulaiman atau Haykal Sulaiman dan termasuk di antara tiga masjid yang perlu dikunjungi oleh kaum Muslim sesuai dengan anjuran Nabi Muhammad s.a.w. Keutamaan Masjidil Aqsa ini didasarkan daripada sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Janganlah kamu merasa berat untuk mengadakan perjalanan ke tiga masjid: Masjidil Haram, Masjidku ( Masjid Nabawi ) dan Masjidil Aqsa. Solat di Masjidil Haram lebih utama dari 100,000 kali di tempat lain kecuali di Masjidil Aqsa.” ( Riwayat ad-Darimi, an- Nasa’i, dan Ahmad) Masjidil Aqsa disebut di dalam al-Quran yang berkaitan dengan peristiwa Israk Mikraj (Q.17:1). Nabi s.a.w. melakukan Israk (perjalanan malam hari) dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa sebelum bermikraj ke Sidratulmuntaha, sebagaimana dalam firman-Nya: “Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang

NAK TAHU TAK?

FAKTA 1: Puteri Gunung Ledang Setelah dikajiselidik melalui sebuah perkuburan yang terdapat dipinggir Gunung Ledang, terdapat kesan-kesan peninggalan dan bukti yang menunjukkan mayat di dalam kubur tersebut ialah Puteri Gunung Ledang. Di sebelah bawah badan mayat tersebut terdapat secalik kertas dan setelah diselidik ia sebenarnya Kad Pengenalan Puteri Gunung Ledang. Nama sebenar Puteri Gunung Ledang yang tertera didalam IC itu ialah Tiara Jeaquelina bin Abdullah. FAKTA 2: Batu Bersurat Terengganu Mengikut sejarah, ada seorang hamba sultan Terengganu telah dipancung kerana telah melakukan kesalahan. Namun tidak diberitahu apa kesalahannya. Di atas kajiselidik kami, hamba yang dihukum bunuh itu sebenarnya ialah seorang yang bekerja sebagai posmen tetapi tidak mahu menghantar surat-surat baginda kemudian posmen itu melonggokkan surat dirumahnya. Polis telah menemui 1,290 pucuk batu bersurat di rumah posmen tersebut. Alasan posmen itu ialah macammana dia nak angkat batu-batu bersurat tu n

Amalan terbaik di bulan Zulhijah...

Sempena kedatangan bulan zulhijah,apa kata kita perbaiki diri dan dekatkan diri pada Allah SWT.Bulan Zulhijah adalah antara bulan yang mulia dalam Islam..Bulan Zulhijjah bukanlah bulan hanya bagi tetamu Allah tetapi bulan istimewa bagi seluruh umat Islam yang peka dengan waktu-waktu yang dimuliakan oleh Allah dan bijak mengambil peluang bagi meraih curahan rahmat, maghfirah (keampunan) dan keredaan-Nya. Sesungguhnya pada kejadian Allah SWT terdapat benda-benda, masa-masa, tempat-tempat dan insan-insan yang dibesarkan dan dimuliakan oleh-Nya. Di antaranya ialah kaabah, Hajar Aswad, zamzam, bulan Ramadan, hari Jumaat, 10 terawal bulan Zulhijjah, Mekah, Madinah, Baitul Maqdis, para Nabi, Rasul dan sebagainya. Antara amalan yang dianjur Islam dalam bulan ini ialah: 1. Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadith yang menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam : “Satu ‘umrah ke ‘umrah yang lain menghapuskan (

Sungguh indah nama ini.

Sungguh indah nama ini dan abg yakin, orangnya juga memiliki keanggunan sedemikian rupa. Memang abg yakin itulah selayaknya pujian yang adik harus perolehi. Berbanggalah dengan nama ini dan hargailah ia, apatah lagi kepada insan yang telah mengukirkan nama sedemikian rupa. Memang mereka selayaknya dimahkotakan perasaan ini iaitu limpahan kasih dan sayang. Sesungguhnya, titisan kasih dan sayang lah yang telah menghadirkan kita ke sini. Di sini… di dunia ini. Dari itu, usahlah lalai dan alpa untuk mencerminkannya kembali kepada mereka yang telah memberikan perasan kasih dan sayang ini. Usahlah dibazirkan titisan kasih dan sayang yang adik miliki kepada mereka yang masih tidak mengerti mengenainya. Apatah lagi kepada mereka yang tidak mahu berusaha untuk memahami akan erti titisan kasih dan sayang yang diberikan. Biarkanlah ianya berlalu pergi kerana orang yang sedemikian memang tidak akan menghargai setiap titisan kasih dan sayang yang diberi. Apatah lagi menambahkan kehebatan pada peras

Jangan salah sangka

Siapalah saya yang boleh menentukan keimanan seseorang yang bergelar manusia? Keimanan ini letaknya di dalam hati seseorang dan diselaputi oleh kepercayaan yang jitu mengenai kekuasaan TUHAN. Oleh sebab itu, saya tetap menyakini bahawa Tiada Siapa pun yang layak menghakimi keimanan seseorang insan yang bergelar manusia selain empunya diri sendiri yang mengetahuinya. Apatah lagi bertindak seolah-olah mengetahui bahawa hanya manusia tertentu sahaja yang akan layak memasuki Syurga-NYA kelak. Walaupun dianya berpangkat seperti ulama besar atau Tok Guru mana-mana anutan pun, bilamana menyentuh soal keimanan kepada TUHAN, sememangnya manusia tidak layak menghakimi keimanan yang dimiliki oleh insan-insan lain. Ingatlah bagaimana Iblis yang mulanya mentaati Allah tetapi disebabkan kebongkakan dan kesombangannya sendiri, akhirnya iblis telah dilaknat oleh Allah. Memanglah saya dan Anda boleh berkata mengenai pelbagai hukum-hakam yang terkandung di dalam mana-mana anutan setiap agama, tetapi ket

Salam

Image
Welcome