Why cancel credit card

Salam,

Sebabnya :

a. Untuk meminjam duit dari isteri, suami perlu mengisi borang permohonan rasmi. dan perlu mengikut prosidur yang ketat. Permohonan mestilah dikemukakan pada hari dan waktu bekerja seperti di pejabat juga dan permohonan mestilah dikemukakan tidak kurang dari 14 hari dari tarikh diperlukan.

b. Jika untuk keperluan kecemasan atau keperluan segera, suami perlu memberikan alasan dan jawapan yang cukup kemas dan teratur tidak kurang dari 2,500 perkataan. Jawapan mestilah dalam bentuk karangan dan ayat-ayat mestilah menepati spesifikasi Pepereksaan SPM. Malah ada isteri-isteri yang menetapkan rating jawapan seperti soalan STPM atau Diploma/ Ijazah, bergantung kepada kelulusan akademik isteri-isteri berkenaan.

c. Pinjaman mesti ada kolateral sebagai cagaran atau sandaran seperti geran tanah, rumah, kereta, saham atau bond. Pinjaman yang tidak di lunaskan mengkiut terma-terma pinjaman, boleh menyebabkan cagaran berkenaan terlucut hak milik.

d. Kegagalan suami menjelaskan pinjaman di masa-masa lepas (historical record as bad paymaster) juga boleh menyebabkan pinjaman sukar atau tidak dapat diluluskan terutama sekali jika nama-nama suami tersenarai dalam CTOS atau CCRIS.

Berdasarkan kepada sebab-sebab yang dinayatakan seperti di atas, maka sebagai pemudah cara adalah lebih wajar para suami hilangkan muka tebal dengan meminjam dari kawan-kawan daripada melalui pelbagai birokrasi yang telah ditetapkan oleh isteri-isteri mereka. Buat pinjaman dengan bank atau koperasi pun lebih mudah.

Kenapa Dyah tanya soalan seperti ini. Dyah nak pinjamkan duit pada saya ke? Jika ada hajat nak pinjamkan duit, saya amat mengalu-alukannya. Please do not hesitate to contact me soonest and I thank you for your favorable and prompt response.


Sekian dan wassalam,

Comments

Popular posts from this blog

Psikologi Islam